Bekalan Kuasa Jenis Linear

π

FUNGSI SETIAP PERINGKAT

Transformer / pengubah – Merendahkan voltan AC240 (RMS) yang masuk dari soket kepada nilai tertentu. Contoh: AC24V, AC12V, AC6V dan sebagainya. Di dalam litar bekalan kuasa jenis gelombang penuh ini transformer ber tap tengah digunakan. Lilitan sekunder ini terbahagi kepada dua bahagian di mana setiap bahagian akan menterbalikkan fasa voltan sebanyak 1800 .

Rectifier circuit / Litar penapis – Terdiri dari diod penerus. Ia membenarkan arus AC mengalir dalam satu arah sahaja. Dengan kata lain ia berfungsi untuk menukarkan voltan AC kepada DC. Bagaimanapun voltan AC yang dihasilkan adalah voltan DC beriak (ripple).

Filter circuit / Litar penapis – Terdiri dari rangkaian litar LC , juga dikenali sebagai penapis phi(π) . Ia berfungsi menghasilkan voltan DC yang tulen (tanpa denyut)

Voltan regulator circuit / Litar pengatur voltan. – Diod zener (Dz) berfungsi untuk menstabilkan voltan keluaran walaupun ada perubahan nilai beban atau perubahan pada voltan masukan.

 

KENDALIAN LITAR

Apabali M menerima bentuk gelombang  pada kedudukan separuh kitar +ve Diod D1 akan berkerja. D1 akan membenarkan separuh kitar +ve melaluinya. Pada masa ini D2 menerima separuh kitar -ve melalui N. Oleh itu D2 tidak berkerja. Kemudian apabila M menerima kitar -ve diod D1 tidak berkerja, tetapi pada masa ini diod D2 berkerja kerana ia  menerima setengah kitar +ve. 

Bentuk gelombang separuh kitar positif ini akan menjadi masukan kepada litar penapis. L berfungsi untuk menyekat komponen AC dan membenarkan DC sahaja melalui. Manakala C2 berfungsi untuk membumikan sekiranya ada komponen AC. Apabila separuh kitar +ve meningkat ke maksima,  L akan teraruh dan dalam masa yang sama capasitor C2 juga akan mengecas. Apabila denyut masukan   turun ke minima C2 pula akan membuang cas dan membekalkan voltan ke keluaran. Hasilnya bentuk gelombang akan lurus dan tidak lagi berdenyut.

Bagaimana peringkat pengatur voltan berkerja?

Andaikan voltan yang melepasi penapis bernilai 12 V dan diod zener Dz 9v digunakan. Maka voltan keluaran yang terhasil pada keluaran hanya 9v manakala 3v akan susut pada perintang siri R.  Jika voltan masukan meningkat 12.5V makan voltan yang susut ada R akan meningkat kepada 3.5V dan voltan keluaran tetap stabil 9V. Begitu juga jika voltan masukan menurun kepada 11v makan voltan yang susut pada R akan menjadi 2v tetapi voltan keluaran tetap 9V. Proses yang sama juga berlaku jika voltan keluaran berubah yang mungkin disebabkan oleh perubahan nilai beban.