Pengaruh Teknologi

Kemajuan teknologi terkini telah memberi kesan positif dan negatif ke atas perkembangan sosial dan permasalahan kesihatan kanak-kanak. Tujuan penulisan ini adalah untuk menjelaskan kesan penggunaan peranti teknologi ke atas kanak-kanak dan memberi ulasan berkenaan kaedah untuk mengurangkan ketagihan kanak-kanak terhadap peranti teknologi. Selain menganalisa peranan ibu bapa sebagai pembimbing dalam membantu kanak-kanak memahami bahaya penggunaan peranti teknologi terhadap kesihatan serta beberapa isu berkaitan, penulisan ini juga menyediakan maklumat yang boleh dijadikan garis panduan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan dan penggunaan peranti teknologi terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *