Teori Litar Arus Ulang Alik
ARUS ULANG ALIK (AU)
Arus ulang alik merupakan sejenis arus elektrik yang mengalir di dalam dua keadaan sama ada pada nilai negatif ataupun nilai positif. Ia mengalir bermula dari sifar ke maksimum positif, ke sifar dan seterusnya mengalir ke maksimum negatif dan kembali kepada sifar.
Gambarajah Gelombang AU
Istilah voltan AU:
- Voltan puncak (Vp) = voltan maksimum (Vm)
- Voltan puncak ke puncak (Vpp) ialah 2Vm.
- Voltan purata (Va) ialah nilai purata bagi gelombang sinus dimana nilainya adalah merupakan nilai purata yang diambil bagi keluasan di bawah garis gelombang AU. Nilainya adalah merupakan 63.7% daripada nilai Vm diamana Va = 0.637Vm.
- Vpmkd (voltan punca min kuasa dua atau RMS merupakan nilai yang terpenting di dalam litar elektrik. Kebanyakan meter menunjukkan bacaan di dalam nilai pmkd atau RMS yang mana sama dengan 70.7% daripada nilai puncak voltan ulang alik. Vpmkd = 0.707Vm