Hukum Ohm

Apakah itu Hukum Ohm (Ω)

Hukum Ohm merujuk kepada formula yang digunakan untuk melihat kaitan  hubungan antara voltan, arus  dan rintangan dalam litar elektrik. Perkataan Ohm dinamakan sempena ahli fizik German, Georg Ohm pada 1827. Hukum Ohm menyatakan bahawa jumlah arus  yang mengalir adalah berkadar terus dengan voltan yang dibekalkan, untuk suhu tertentu.

 

Penjelasan Hukum Ohm (Ω)

Hukum Ohm menerangkan bagaimana arus elektrik mengalir dalam sesebuah bahan apabila nilai voltan yang berbeza dibekalkan. Beberapa jenis bahan seperti wayar elektrik mempunyai rintangan yang sedikit untuk arus mengalir dan bahan ini dipanggil sebagai konduktor. Oleh itu, apabila konduktor disambungkan sebuah bateri, banyak arus elektrik akan mengalir. Sebaliknya, ada bahan yang lain mungkin akan menghalang, tetapi masih membenarkan sedikit pengaliran arus. Dalam litar elektrik, ini dipanggil kerintangan (resistor). Seberapa banyak perintang tersebut menghalang pengaliran tersebut dipanggil rintangan (resistance).  Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan sesebuah konduktor atau pengalir ialah:

  • Jenis bahan, – atau kerintangan adalah mewakili sifat atau jenis bahan pengalir.  Kerintangan ditakrifkan sebagai rintangan di antara permukaan-permukaan yang bertentangan bagi sesuatu kiub yang berukuran 1 meter padu. 

  • Panjang-pengalir panjang mempunyai rintangan lebih tinggi
  • Luas muka keratan- semakin luas muka keratan semakin rendah nilai rintangan
  • Suhu- semakin tinggi suhu semakin tinggi nilai rintangan

Bahan yang tidak membenarkan langsung pengaliran arus pula dinamakan penebat. Georg Ohm melihat cara arus elektrik mengalir di dalam beberapa bahan dan beliau telah berjaya menghasilkan hukum ini yang kini dipanggil Hukum Ohm

Ayuh kita lihat contoh pengiraan yang dibuat menggunakan hukum ohm.

 

Contoh 1

Voltan dibekalkan bernilai 12V dan mentol yang mempunyai rintangan sebanyak 4Ω. Berapakah jumlah arus  yang mengalir di dalam litar tersebut?

Jawapan:
Dengan nilai V dan R diberi, kita boleh mencari berapakah nilai I. Rujuk kepada Rajah tiga segi di atas di dapati:

I = V / R
=  12 / 4
=  3 Ampere

 

Contoh 2

Jika voltan dibekalkan bernilai 24V dan arus mengalir sebanyak  2A. . Berapakah nilai rintangan yang terdapat pada mentol tersebut?

Jawapan:
Dengan nilai V dan I diberi, kita boleh mencari berapakah nilai R. Rujuk kepada Rajah tiga segi di atas di dapati:

R = V / I
=  24 / 2
=  12 Ω